Ayat Penggerak Untuk Memudahkan Pekerjaan Harian

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali
di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah
kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari
tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :

Yakin dan pasti bahawa roh kita digerakkan oleh Sang Pencipta di atas sana.
Kita teladani ayat permintaan Nabi S.A.W untuk melakukan apa sahaja
yang kita mahukan sehari-hari.
Kelebihan mengamalkan ayat penggerak di atas mengikut kata
Ustaz Haron Din adalah:
1. Terhindar Dari Bahaya
Bila hendak memulakan perjalanan samada perjalanan yang dekat
ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun
yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan
sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk
hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja
di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah
doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi
kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya
yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca
ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada
anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan
sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka
berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan.
Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan
atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru,
kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
• Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada
kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah
yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang
tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca
doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak
memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya
memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit
yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga
minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa
mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan
doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja
makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan
dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah
syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t.
dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan
jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.
Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan
amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan
seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan
sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana
dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak
disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan
dan minuman yang mengandungi santau.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan
jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam
makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut
akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan
doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
4. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat
tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek,
di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan
sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini.
Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah
mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari
tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori
kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita
mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini,
akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan
mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah
ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan
supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang
berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga urusan harian kita lancar dengan mengamalkan ayat penggerak ini.
Selamat beramal.
(^_^)
Sumber Ustaz Haron Din dan Mutiara Ha
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.