Html Free Code

Thursday, 2 August 2012

RelationSHiP DALAM FACEBOOk yang DIBENARKAN





Seorang wanita
yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...
Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...

Pesananya janganlah Mengubah Status Kat FaceBook Maried Kalu Tak Kahwin Lagi Ya


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.



ObAMA Tak Bagi ANAK buat faceboOk


OBAMA MELARANG ANAKNYA MENGGUNAKAN FACEBOOK








WASHINGTON, - Barack Obama sangat bergantung pada media sosial sehingga boleh dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat pada 2008. Namun, dia telah mengakui bahawa dirinya melarang kedua-dua anak perempuannya menggunakan Facebook. Alasannya, dia tidak mahu "orang asing mengetahui urusan kami".
Obama, sebagaimana diberitakan Daily Mail, Sabtu minggu lalu, berkata "tidak masuk akal" untuk mendedahkan butiran yang peribadi dalam kehidupan keluarganya ke ruang awam. Putri pertamanya, Malia, yang berusia 13 tahun, sudah cukup umur untuk menggunakan Facebook. Adiknya, Sasha, baru berumur 10 tahun. Namun, Obama berkata, dirinya telah memutuskan, mereka tidak boleh menggunakan Facebook. Larangan itu berlaku hingga empat tahun ke depan.


Pengakuan Obama itu nampaknya agak ironis mengingat dia sendiri sepenuhnya menggunakan Facebook dan laman-laman web lain untuk menggalakkan kaum muda memilih dia dalam pemilihan presiden-dan untuk meraih jutaan dollar dana kempennya. Akibatnya, ia dikenali sebagai "Presiden Media Sosial Pertama".
Laman Facebook-nya, yang punya 24 juta likes, tetap menjadi bahagian penting dari usahanya untuk dipilih semula dalam pemilihan presiden AS tahun depan. Salah satu daripada banyak gambar pada laman itu memperlihatkan Obama berenang di laut dengan salah seorang puterinya.


Dalam sebuah wawancara, Obama menjelaskan pemikiran di balik larangan Facebook itu dengan, "Mengapa kita ingin sejumlah besar orang yang kita tidak tahu (perlu) mengetahui urusan kita? Itu tidak masuk akal." Dia menambah, "Kami akan melihat bagaimana mereka (anak-anaknya) melalui (larangan) ini dalam empat tahun."


Namun, ia seolah-olah mempunyai beberapa keraguan pada awal minggu ini, kata Daily Mail, apabila menggunakan Facebook untuk mengambil gambar rasmi keluarga yang terbaru. Gambar itu menunjukkan Obama duduk dengan Isterinya Michelle dan kedua-dua anak perempuan, semua tersenyum lebar. Gambar diberikan keterangan, "Gambar terbaru keluarga Obama! ' Dan setakat ini mendapat 71.000 'likes' dan 11.000 komen.

uMur 11 tahun dah Jadi Janda (~_~)


BARU UMUR 11 TAHUN SUDAH BERGELAR JANDA.





Seorang budak perempuan yang pernah dikahwinkan ketika berumur lapan tahun, Nojoud Ali telah menulis sebuah buku mengenai pengalamannya.

Nojoud yang berasal dari Yemen dan kini berusia 11 tahun dikahwinkan dengan seorang lelaki berumur 29 tahun oleh bapanya, Mohammad Ali Al-Ahdal di Yemen.

Lelaki itu memberikan alasan dia terpaksa mengahwinkan anak perempuannya itu kerana diugut supaya berbuat demikian oleh bakal keluarga besannya.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka dibatalkan oleh mahkamah negara itu tahun lalu manakala Nojoud dan adik perempuannya yang berusia lapan tahun mendapat bantuan kewangan daripada aktivis hak asasi manusia untuk bersekolah di Perancis.

Ketika mempromosikan bukunya di Paris, Nojoud yang kini seorang janda, berkata, sewaktu berkahwin dia sering dipukul oleh suaminya.

“Saya mahu kembali ke sekolah untuk menjadi seorang peguam dan membantu wanita yang senasib dengan saya,” katanya
.

mEMANCIng DAlAM kOlam NAJIS (~_~)


MEMANCING DI KOLAM NAJIS??

MUHAMMAD Firdaus berjaya 
menaikkan keli seberat setengah kilogram
dalam masa tidak sampai 20 minit.


Pemancing tak hirau najis terapung untuk dapatkan keli di Permas Jaya

JOHOR BAHRU: Najis terapung pada permukaan kolam kumbahan yang tidak diselenggara dengan sempurna dekat Permas Jaya di sini, tidak menghalang kaki pancing mengunjungi kawasan takungan terbabit untuk memancing pelbagai jenis ikan, yang mampu diperoleh dengan mudah.

MUHAMMAD Firdaus berjaya menaikkan keli seberat setengah kilogram dalam masa tidak sampai 20 minit.
Pemancing tak hirau najis terapung untuk dapatkan keli di Permas Jaya

JOHOR BAHRU: Najis terapung pada permukaan kolam kumbahan yang tidak diselenggara dengan sempurna dekat Permas Jaya di sini, tidak menghalang kaki pancing mengunjungi kawasan takungan terbabit untuk memancing pelbagai jenis ikan, yang mampu diperoleh dengan mudah. 

Berbekalkan umpan seperti perut ayam, pemancing yang mengunjungi empat kolam kumbahan berair hijau di situ, mampu menaikkan ikan keli, tilapia, haruan, malah ikan hiasan seperti flower horn yang membiak selepas dibuang ke situ. 
Dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan mampu capai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6. Jika bernasib baik, saya mampu dapat lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari. - Muhammad Firdaus Ahad, Pemancing.
Semua hasil pancing diperoleh bukan dimakan sendiri kerana pemancing turut jijik berikutan najis yang terapung di sekitar kolam terbabit, sebaliknya ikan besar itu dijual kepada peniaga pasar yang dikenali mereka untuk jualan kepada orang ramai.

Pemancing, Ibrahim Ali, 38, berkata kolam najis terbabit menjadi tumpuan dia dan rakannya memancing bagi mendapatkan ikan yang dijadikan makanan kepada ikan toman yang dipeliharanya di kolam sendiri.

"Biasanya, saya singgah memancing di sini bagi mengisi masa terluang. Berbekalkan umpan perut ayam, agak mudah untuk kami peroleh hasil lumayan di sini, cukup untuk dijadikan makanan ikan toman yang dipelihara di kolam saya,” katanya.

Rakannya, Muhammad Firdaus Ahad, 26, berkata dua keli yang dipancing dari kolam kumbahan terbabit mampu mencapai berat sekilogram sebelum dijual kepada peraih pada harga RM6.
"Biasanya, jika bernasib baik, saya mampu mendapat sehingga lima kilogram ikan keli dalam masa setengah hari dan semuanya dijual kepada peraih," katanya ketika ditemui sejurus menaikkan seekor ikan keli seberat 500 gram.

Tiga pemuda dari Sri Alam, Nurul Azhar Razlan,28; Hafizuddin Zulkifli,24 dan Danial Ismail 25, sepakat menyifatkan kolam kumbahan terbabit sebagai lokasi memancing yang baik untuk mengisi masa terluang.

“Ikan yang kami peroleh dari sini bukan untuk dimakan sendiri, sebaliknya dijual kepada rakan yang berniaga di pasar. Daripada duduk membuang masa, ada baiknya memancing di sini kerana hasil tangkapan ikan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan harian.

“Tambahan pula, ikan dari kolam ini bukannya memudaratkan, sebaliknya boleh dimakan tanpa sebarang masalah," katanya.

Penduduk Jalan 5/6 Taman Permas Jaya, Leong Lee, 46, berkata sejak kolam kumbahan terbabit tidak diselenggara dan mempunyai penjaga, ia sering menjadi tumpuan pemancing dan peminat ikan air tawar yang sanggup menjala di kawasan itu.

"Setiap hari cuti atau hujung minggu, orang ramai berkunjung ke sini sama ada waktu siang atau malam untuk memancing atau memasang jaring.

"Memang ikan yang membiak dalam kolam kumbahan ini kebanyakannya bersaiz besar kerana banyak sumber makanan daripada bahan buangan yang kotor dan orang yang membeli ikan berkenaan tidak mengetahui dari mana hasil tangkapan itu diperoleh.

"Saya berharap, pihak bertanggungjawab dapat memasang kembali pagar yang sudah roboh daripada membiarkan kawasan kolam ini terus dicerobohi pemancing serta kanak-kanak yang bebas masuk bermain di tepi tebingnya, sebelum sebarang kejadian buruk berlaku," katanya.

tIps Turunkan Berat badan DENgAN pANTAS dan selamat (^_^)


TIPS UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN



Mengunyah gula-gula getah- Sesiapa yang mengunyah gula-gula getah selama 15 minit setiap sejam di antara waktu makan tngahari (12p.m ke atas) hingga ke makan petang (4p.m-7p.m) telah membakar  lebih kurang 60 kalori (8 grams) berbanding daripada mereka yang tidak memakan gula-gula getah.
Minuman- (JUS SAYURAN) Dalam sebuah kajian terhadap 81 orang dewasa, dengan meminum jus sayuran rendah natrium setiap hari, risiko penyakit jantung dan diabetes dapat dikurangkan.Mereka juga akan kehilangan 4 pound selama 12 minggu, berbanding minuman rendah lemak yang lain hanya kehilangan 1 pound.
(Teh hijau)- Sesiapa yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, dengan melakukan senaman dapat membakar 3 pound lemak atau lebih dan 7 peratus lemak masalah perut buncit dapat dikurangkan dengan meminum teh hijau. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman yang manis dan bergas
.
Tidur- Hasil kajian daripada 32 orang pelajar musim panas Hendrix College di Conway, Arkansas selama tiga minggu menunjukkan bahawa mereka yang tidur satu atau dua jam tambahan dapat menurunkan lebih kurang  300 kalori (1.4 grams).
Cendawan- Menurut daripada hasil kajian kesihatan Johns Hopkins Bloomberg School, para penyelidik menganggarkan bahawa jika anda menggantikan daging  kepada cendawan sekali seminggu, anda boleh kehilangan 5 pounds dalam setahun.

Simple Untill Six
- Hasil daripada penulisan Mark Bittman, plan diet yang beliau cadangkan adalah dengan mengambil makanan sayuran sahaja pada siang hari (tiada daging, tiada karbohidrat) dan ambil makanan yang berpatutan pada sebelah malam. Ini adalah cara untuk mengurangkan kalori secara semulajadi.
Hukum Cincin, Gelang Dan Rantai Bagi Lelaki
HUKUM CINCIN, GELANG TANGAN DAN RANTAI LEHER BAGI LELAKI ISLAM




 
Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah  memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :


Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )


Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar  PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan  untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”.  Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut  Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja.  Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:


Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan  mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.
 
Wavy Tail